Sakit sendi dan sakit lutut bukan saja menyerang mereka yang sudah berumur tetapi mereka yang belum mencecah usia 40-an pun kadangkala sudah mengalami sakit-sakit dibahagian sendi dan lutut. Sendi adalah pertemuan diantara dua tulang pada bahagian tubuh. Ia boleh disamakan seperti keadaan engsel pada pintu. Fungsinya adalah menyokong pergerakan badan dan otot. Diantara sendi yang biasa adalah sendi lesung dibahagian pinggul dan bahu serta sendi engsel dibahagian lutut dan siku.
Penyakit osteoarthristis adalah nama lain bagi sakit sendi.
Diantara punca sakit sendi yang dikenalpasti adalah :
- Pertambahan usia - Warga emas seringkali dikaitkan dengan sakit sendi dan lutut serta lain-lain sakit badan. Ini adalah disebabkan kekurangan cartilage atau pelincir dan kusyen sendi yang semakin menipis.
- Kecederaan dari aktiviti harian seperti mengangkat barangan dengan berat berlebihan. Aktiviti 'Outdoor' seperti mendaki gunung atau bersukan.
- Kemalangan yang mencederakan sendi.
- Obesiti atau berat badan melebihi had yang membebankan sendi lebih dari sepatutnya.
Tanda-tanda sakit sendi adalah :
- Terdapat bengkak pada satu atau banyak bahagian sendi.
- Kekejangan terutama pada waktu pagi.
- Sakit sendi yang berubah-ubah tempat dan kerap pada sendi.
- Tidak mampu untuk menggerakkan sendi seperti mana biasa.
- Bahagian sendi menjadi kemerah-merahan dan panas.
- Demam ringan.
- Rasa seperti dicucuk-cucuk pada bahagian hujung badan
- Apabila berdiri atau duduk posisi yang sama untuk jangka masa lama, lelejangan otot akan berlaku.
- Sakit sendi dan bengkak sendi pada bahagian sendi pinggang, lutut, tulang belakang dan siku serta hujung jari.
- Sakit sendi yang datang dan pergi tetapi akan hilang apabila berehat.
- Mengurangkan berat badan jika ianya berpunca dari berat badan berlebihan.
- Melakukan senaman yang sesuai atau fisioterapi.
- Anbil masa untuk berehat selepas aktiviti fizikal.
- Amalkan mandi air panas terutamanya pada waktu pagi.
- Menggunakan alat bantuan yang dicadangkan oleh doktor. atau pakar.
Fungsi set sendi dan tulang ialah :
Advanced Joint Health Tablet
- Menyokong keselesaan sendi.
- Membantu mengekalkan tulang rawan
- Memelihara tisu penyambung yang sihat.
- Membina tulang dan gigi yang kuat.
- Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
- Membekalkan kalsium untuk tulang
- Menyokong fungsi gkucosamin untuk mengekalkan kesihatan sendi.
- Mengelakkan tulang rawan daripada cepat merosot.
- Memelihara fungsi-fungsi sendi.
Call / Whatsapp : 013-772 2523 (marina) / 013-772 2524 (khairul)
Emel : nurulmareiyna@gmail.com
FB : VitaHealthShoppe
Blog: http://ummimareiyna.blogspot.com

No comments:
Post a Comment